Halaman

Isnin, 24 Februari 2014

Authoring di minggu ke-3

Hye.. assalammualaikum

Saya sekarang dalam kelas Authoring untuk minggu ketiga.. sambil mengajar sambil saya isi note dalam blog saya ini..

Hari ni kelas bermula dengan mengisi borang kaji selidik.. selepas tu Dr. Norasyikin memberitahu kepada kelas bahawa Prof Zaidatun sedang meeting. Beliau meneruskan kelas dengan mengenalkan kepada semua pelajar tentang Dreamweaver..

Bermula dengan pengenalan tools dan jugak menu-menu yang berkaitan dengan dreamweaver.. seterusnya, kami ditugaskan untuk cuba membuat satu page index.. Menyimpan file index didalam satu folder yang khas. Di isikan juga didalam folder itu folder untuk images dan audio.

Frameset adalah salah satu cara mudah untuk membina laman web dengan frame yang sudah terbina..membina menu yang dilink kan pada pautan yang sepatutnya dan dipaparkan di mainframe..


Jumaat, 21 Februari 2014

Pengenalan Silibus Authoring System

Alhamdulillah minggu kedua baru saya dapat hadirkan diri di kelas Authoring System ini.. agak kelewatan sedikit masuk kelas hari ini.. kerana mencari parking di UTM adalah amat sukar.. moralnya, datang awal sikit lain kali..

Sesi bermula dengan penerangan ringkas dari Prof. Dr. Zaidatun berkenaan Authoring System.. Walaupun penyampian beliau dalam bahasa Inggeris.. tapi masih boleh lagi di fahami kerana pertuturanya dalam gaya bahasa Inggeris yang mudah..

Minggu ini masih lagi dalam briefing silibus. Antara kandungan penyampianya ialah pengenalan dan pembezaan antara scripting, programing dan authoring. Antara programming dan Authoring mana yang lebih canggih? programming adalah scripting bebas dan tidak terarah.. manakala authoring ialah scripting yang terarah, seperti sesuatu script yang telah diprogramkan kepada  tujuan tertentu seperti Authoware, Dreamweaver, Flash & Power point.

Menurut beliau, dalam pembelajaran peringkat masters ini, kita kena lebih kritikal dalam berpikir serta bijak dalam menggunakan authoring system yang sesuai untuk setiap kerja. Contohnya seperti, untuk membuat clip video ringkas, gunakan flash.. untuk membuat persembahan slaid gunakan powerpoint dan lain-lain lagi.

Seterusnya Prof. Dr. Zaidatun menerangkan serba ringkas tentang ASP (Active Server Page) dan PHP (Hypertext pre-processor)..  untuk menjalan asp perlu kepada database mdb (access) dan testing server IIS .. Manakala untuk untuk PHP memerlukan kepada database MySQL (Phpmyadmin) dan testing server Apache..

Akhir sekali.. Prof. memberi kami tugasan ASP VS PHP


Khamis, 20 Februari 2014

Salam perkenalan dan selamat datang


Hye .. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Saya Alwee Bin Shamrin, Master Teknologi Pendidikan UTM sesi 2013/2014. Matrik no MP132058 

Alhamdulillah kali nie saya diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk mempelajari subjek Authoring System.. Subjek ni baru saya daftar pada minggu kedua.. minggu pertama saya tidak masuk kelas ini kerana rasanya ingin ambil subjek ini sem depan.. tapi saya ubah fikiran untuk mengambil subjek ini dalam sem satu..

Pensyarah untuk subjek ini ialah Prof. Madya Dr. Zaidatun Tasir dan Dr. Norasyikin ..

Saya rasa amat gembira sangat untuk kelas kali ini sebab akhirnya saya dapat bertemu dengan pengarang buku Macromedia Dreamweaver MX (1 & 2). Buku ini saya telahpun beli pada tahun 2004 untuk belajar menggunakan dreamweaver dalam pengatucaraan ASP.

Sekian coretan pertama saya..

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates