Halaman

Sabtu, 7 Jun 2014

Refleksi Minggu 12

ACTION SCRIPT

Ok tajuk nie amat berat sedikit...saya dapat ringkaskan  beberapa action script yang penting.. Sebelum itu kita kena ketahui action script ada 2 :-

1. Action script pada frame
2. Action script pada button/objek dalam scene.

Berikut antara yang AS yang penting :-

( ) - Parentheses
{} - Curley braces
; - Semi kolon
. - Dot Syntax

--------------------------------------------------

1. stop ( ) ;   ---> berhentikan motion tweening/shape (dalam frame)

2.  on (release) {
     gotoAndPlay ("sceneutama") ;
    {                                                                ----> Script yang diletakan pada action button                                                                                          bermaksud apabila diklik, akan membawa kepada
                                                                       scene yang lain (scene yang diberi nama)

3. on(release){ 
     gotoAndStop ("sceneakhir") ;
    {                                                        ----> Script yang digunakan untuk memaparkan objek                                                                                  ataupun berhenti pada frame yang ditetapkan.

Khamis, 1 Mei 2014

Minggu ke 11

Onion Skin

Minggu nie belajar skill baru iaitu onion skin... dalam bahasa mudah dia.. Menekap gambar.. sebagai asas untuk membuat animasi..



MOTION GUIDE

Motion guide ini adalah kaedah menggerakan objek mengikut garis yang dibentuk..Gabungan bersama motion tween..




Jumaat, 25 April 2014

Refleksi Minggu Ke 10

Assalammualaikum..

Minggu nie disambung lagi dengan Flash..

Tween & Shape Motion


  • Menggunakan imej
  • Imej di convert kepada clip , button & grafik
  • Menggunakan library.. Masukan imej /clip dalam library secara drag sahaja

TWEEN MOTION

Tween motion ini adalah untuk menggerakan satu objek secara mendatar.. setkan objek pada frame pertama dan seterusnya gerakan objek ke tempat yang diingnkan pada frame yang terakhir. Lihat video ni :-



Selanjutnya..

SHAPE MOTION

Shape motion ini sama juga seperti tween motion..cuma menggunakan dua layer dan dua objek.. menukar objek pertama keobjek kedua.. ala-ala transformers.. Berikut skill yang saya buat :-

Shape Tween Object
1. Masukan imej .png di library
2. Drag imej ke scene
3. Klik pada tempoh frame yang dikehendaki dan klik insert keyframe
4. Klik Pada frame pertama dan tekan button modify --> bitmap--> trace bitmap -->Color treshold 90 --> Minimum area 8 --> Curve fit : smooth.
5. Buang imej pada frame yang terakhir dan masukan imej kedua dan ulang langkah 4 untuk imej kedua.
6. Pergi ke frame pertama dan klik klik kanan --> Create shape tween



Selasa, 15 April 2014

Refleksi Minggu ke 9

Assalammualaikum...

Minggu nie selesai bercuti.. minggu baru.. kelas baru.. pembelajaran pun baru.. naik cuti ini..kita belajar FLASH..

Minggu ni Dr Norasyikin take over kelas sepenuhnya.. Beliau menceritakan secara ringkas tentang flash dan kegunaanya..

Pembelajaran pertama hari ini ialah melukis menggunakan flash..

Tak sangka pulak..semuanya boleh dilukis dalam flash ni.. Nie contoh video

Refleksi Minggu ke 8 - Mid Sem Break


Jumaat, 4 April 2014

Refleksi Minggu ke 7

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. minggu ini adalah minggu ke 7 kelas authoring.. kelas dimulakan dengan sambungan pembelajaran PHP .. Kali ini belajar buat

1. Online questionnaire
2. Page untuk Forum..

1. Questionnaire - perkara asas seperti biasa perlua buat database

  • Namakan database  db_questionnaire ( Jangan lupa set id sebagai auto increment dan primary key
  • Buat page questionnaire
  • buat page analysis 


Cara-cara :

  1. Buat form
  2. Andaikan kita buat soalan :- 
  • Tingakatan (Gunakan insert form --> radio group)
  • Jantina (Gunakan insert form --> radio group)
  • Nama Kelas (Guna text field)
Sedikit panduan boleh rujuk video ini :-


---------------------------------------------------------

Untuk buat questionnaire secara skala (skala likert)..kita perlu melatakan radio group pada setiap pilihan jawapan .. Sila lihat video berikut :-


----------------------------------

Untuk Analysis pula.. 
Setiap persoalan mengikut jawapan perlu disediakan.. recordset dibina mengikut setiap soalan.. Maksudnya, soala 1 tapi ada 5 radio group.. maka ada 5 soalan dengan ruangan untuk recodset..

Sabtu, 22 Mac 2014

Refleksi Minggu ke-6

Admin Page

Salam..minggu nie saya diberi tunjuk ajar mengenai pembangunan site yang mengandungi  autoriti pengguna antar user dan admin.. Berikut ialah page yang akan dibuat :-

1.                  admin_login.php - as an admin login page only
2.                  admin1.php - create a level 1 access
3.                  admin2.php - create a level 2 access
4.                  view_user.php - to view listname of users
5.                  detail_user.php - to view detailed information of users
6.                  update_user.php - for updating the users' informations
7.                  delete_user.php - to delete users' informations

Sabtu, 15 Mac 2014

Authoring System Minggu ke - 5

Assalammaualikum..

Hari ni pembelajaran dimulakan dengan review back subjek ASP yang lepas.. secara kesimpulanya..saya dapat menguasai semua peringkat asas dalam penggunaan ASP dari segi :-

  1. Install IIS 
  2. Membina database menggunakan MS Access dan save kepada version 2003
  3. Membina Connection String dari panel Application --> Database
  4. Database --> tekan button "+" --> Custom Connection String
  5. Custom Connection String -->  Connection name --> letak sebarang nama




--------------------------------------------

Seterusnya pembelajaran PHP

Hari ini pembelajaran php lebbih mudah berbanding ASP... cuma databasenya sahaja yang tidak friendly tapi masih boleh untuk diselenggara

Jumaat, 7 Mac 2014

Authoring Minggu ke - 4

Assalammualaikum.. dan salam sejahtera

Alhamdulillah,, hari nie merupakan minggu keempat dalam kelas Authoring MPT1193..

Kelas dimulakan dengan checklist kemahiran asas dreamweaver..Alhamdulillah semua dalam kelas nie dah dapat menguasai kemahiran asas Dreamweaver..

Seterusnya, Prof .Zaidatun memulakan sesi ceramah dengan pengenalan "Developing Dynamic Webpage" .. pembicaraan tentang ASP (Active server pages) yang memerlukan OS Windows, IIS Testting server.. Antara perkara yang perlu di mahirkan pada hari ini ialah :-

  • Mengaktifkan IIS sebagai testing server untuk ASP
  • Terdapat beberapa masalah untuk pengaktifan IIS ini mengikut versi window
  • Semua folder IIS akan terletak dalam drive C:\
  • C:\--> inetpub->wwwroot
  • Buat database menggunakan Microsoft Access
  • Save Database yang dibina kepada .mdb (2003) -> save kedalam folder baru wwwroot-->data
  • Buat connection ke database
  • Buat ASP file
  • Gunakan Insert record untuk menyimpan data ke database
  • Bina file ASP untuk melihat semula paparan 

Isnin, 24 Februari 2014

Authoring di minggu ke-3

Hye.. assalammualaikum

Saya sekarang dalam kelas Authoring untuk minggu ketiga.. sambil mengajar sambil saya isi note dalam blog saya ini..

Hari ni kelas bermula dengan mengisi borang kaji selidik.. selepas tu Dr. Norasyikin memberitahu kepada kelas bahawa Prof Zaidatun sedang meeting. Beliau meneruskan kelas dengan mengenalkan kepada semua pelajar tentang Dreamweaver..

Bermula dengan pengenalan tools dan jugak menu-menu yang berkaitan dengan dreamweaver.. seterusnya, kami ditugaskan untuk cuba membuat satu page index.. Menyimpan file index didalam satu folder yang khas. Di isikan juga didalam folder itu folder untuk images dan audio.

Frameset adalah salah satu cara mudah untuk membina laman web dengan frame yang sudah terbina..membina menu yang dilink kan pada pautan yang sepatutnya dan dipaparkan di mainframe..


Jumaat, 21 Februari 2014

Pengenalan Silibus Authoring System

Alhamdulillah minggu kedua baru saya dapat hadirkan diri di kelas Authoring System ini.. agak kelewatan sedikit masuk kelas hari ini.. kerana mencari parking di UTM adalah amat sukar.. moralnya, datang awal sikit lain kali..

Sesi bermula dengan penerangan ringkas dari Prof. Dr. Zaidatun berkenaan Authoring System.. Walaupun penyampian beliau dalam bahasa Inggeris.. tapi masih boleh lagi di fahami kerana pertuturanya dalam gaya bahasa Inggeris yang mudah..

Minggu ini masih lagi dalam briefing silibus. Antara kandungan penyampianya ialah pengenalan dan pembezaan antara scripting, programing dan authoring. Antara programming dan Authoring mana yang lebih canggih? programming adalah scripting bebas dan tidak terarah.. manakala authoring ialah scripting yang terarah, seperti sesuatu script yang telah diprogramkan kepada  tujuan tertentu seperti Authoware, Dreamweaver, Flash & Power point.

Menurut beliau, dalam pembelajaran peringkat masters ini, kita kena lebih kritikal dalam berpikir serta bijak dalam menggunakan authoring system yang sesuai untuk setiap kerja. Contohnya seperti, untuk membuat clip video ringkas, gunakan flash.. untuk membuat persembahan slaid gunakan powerpoint dan lain-lain lagi.

Seterusnya Prof. Dr. Zaidatun menerangkan serba ringkas tentang ASP (Active Server Page) dan PHP (Hypertext pre-processor)..  untuk menjalan asp perlu kepada database mdb (access) dan testing server IIS .. Manakala untuk untuk PHP memerlukan kepada database MySQL (Phpmyadmin) dan testing server Apache..

Akhir sekali.. Prof. memberi kami tugasan ASP VS PHP


Khamis, 20 Februari 2014

Salam perkenalan dan selamat datang


Hye .. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Saya Alwee Bin Shamrin, Master Teknologi Pendidikan UTM sesi 2013/2014. Matrik no MP132058 

Alhamdulillah kali nie saya diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk mempelajari subjek Authoring System.. Subjek ni baru saya daftar pada minggu kedua.. minggu pertama saya tidak masuk kelas ini kerana rasanya ingin ambil subjek ini sem depan.. tapi saya ubah fikiran untuk mengambil subjek ini dalam sem satu..

Pensyarah untuk subjek ini ialah Prof. Madya Dr. Zaidatun Tasir dan Dr. Norasyikin ..

Saya rasa amat gembira sangat untuk kelas kali ini sebab akhirnya saya dapat bertemu dengan pengarang buku Macromedia Dreamweaver MX (1 & 2). Buku ini saya telahpun beli pada tahun 2004 untuk belajar menggunakan dreamweaver dalam pengatucaraan ASP.

Sekian coretan pertama saya..

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates